PELUANG DROPSHIP/BORONG

Monday, 21 April 2014

CLOTH PANTYLINER ON THE AIR......

cloth pad


CLOTH PANTYLINER NI READY STOCK...bley pm jika berminat ye.open utk retail dan borong.

CIRI-CIRI:
-100% cotton
-tiada bahan kimia
-tiada pewangi tambahan
-boleh dibasuh berulang kali
-mesra alam

HARGA:-
retail:
hanya RM6/pc

borong: min 30pcs..pm utk harga borong...serious buyer only!

Apakah Pad Kain (cloth pad)?
cloth pad adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Apakah cloth pantyliner (pelapik kain)?
cloth pantyliner digunakan secara meluas sebagai lapisan di atas seluar dalam untuk menampung keputihan dan kencing yang tak disengajakan. Ia direka untuk kegunaan harian sesuai untuk keputihan yang ringan ke berat, aliran haid yang ringan, dan kencing yang tak disengajakan bagi golongan yang bermasalah.

Kenapa katakan tidak kepada pad pakai buang?
Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu ataupun seringkali kertas kitar semula. Kertas kitar semula diluntur semasa pemprosesan supaya menjadi putih. Namun begitu, proses pelunturan dengan agen klorin ini menghasilkan sejenis bahan kimia sampingan yang bernama dioksin. Dioksin adalah bahan karsinogenik, yakni ia boleh mengakibatkan kanser. Mengikut National Institute of Environmental Health Sciences of U.S.,individu yang terdedah kepada tahap dioxin yang ketara berisiko tinggi untuk mengidap penyakit kanser, masalah mandul, penyakit jantung dan kencing manis. Malangnya, pad pakai buang mengandungi kesan dioksin akibat proses pelunturan.








No comments:

Post a Comment